Warga SA Gemereh

Sabtu, 30 Januari 2010

PERHIMPUNAN BIASA SETIAP HARI ISNIN



Memang menjadi rutin biasa sekolah mengadakan perhimpunan setiap hari Isnin mulai jam 3.15 petang hingga 3.45 petang melibatkan semua warga guru dan pelajar dari TAJ sehingga Tahun 6. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan tiada perhimpunan diadakan. Perhimpunan dimulakan dengan Surah AlFatihah, Negaraku, Bangsa Johor, Doa dan Ikrar.Seterusnya ucapan Guru Bertugas, Guru Besar dan guru-guru lain. Perhimpunan di akhiri dengan Tasbih Kafarah dan Surah AI-Asr.

GURU-GURU DAN KAKITANGAN TAHUN 2010


Guru-guru dan staff sokongan Sekolah Agama Gemereh tahun 2010,
Berdiri dari kiri kekanan : Ustazah Rashidah bte Badri, Ustazah Junainah bte Sukiran, Ustazah Hjh. Norisah bte Barnin, Ustazah Sabarila bte Long, Ustazah Siti Hasmah bte Rahmat dan Ustazah Nur Suraya bte Adam.
Duduk dari kiri : Puan Haslinda bte Hatin Hasmi (Pembantu Tadbir), Ustazah Noraini bte Yusof(GPK 1), Ustaz Abd.Rauf bin Hairani (GB), Ustazah Siti Rozila bte Hussein (GPK Hem) dan Ustazah Zubaidah bte Yaacob (GPK Ko-Ku)

Jumaat, 8 Januari 2010

Gotongroyong Membersihkan Kawasan Sekolah



Gambar-gambar sekitar program gotongroyong membersihkan kawasan sekolah untuk sesi persekolahan 2010. Rajin-rajin pelajar Sekolah Agama Gemereh, tahniah!

Jumaat, 1 Januari 2010

Hari Pembayaran Persekolahan 2010


Ustazah Nur Suraya bte Adam sedang 'posing' di depan 'kedainya'



Sekitar gambar-gambar ibubapa membuat pembayaran yuran dan alat tulis untuk persiapan persekolahan sesi 2010

Banner yang di pasang di pintu masuk utama