Warga SA Gemereh

Ahad, 6 Disember 2009

Majlis Berkhatan Beramai-ramai Murid-murid Sekolah Agama Gemereh


GPK 1 Ustazah Noraini bte Yusof sedang mengarahkan peserta-peserta bersiap sedia untuk perarakan

Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Gemereh, En. Ali Affendi bin Zainal sedang memberikan ucapan alu-aluan. Kelihatan dalam gambar dari kiri Ustazah Junainah Sukiran selaku Pengacara Majlis, Pengerusi BKSA Tok Ali, Guru Besar, Ustaz Abd.Rauf bin Hairani, Pengarah Hospital Segamat, Dr.Adan Rabu.



Majlis Berkhatan Murid-murid Sekolah Agama Gemereh telah diadakan pada Hari Ahad, 6 Disember 2009 di Hospital Daerah Segamat.Majlis telah dihadiri oleh Guru Besar, Ustaz Abd.Rauf bin Hairani, Guru-guru, Pengerusi Badan Kebajikan Sekolah Agama Gemereh En. Ali Affendi bin Zainal, Ahli-ahlijawatankuasa Badan Kebajikan serta Ibubapa murid-murid yang terlibat berkhatan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital Segamat Dr. Adan bin Rabu.