Warga SA Gemereh

Khamis, 9 September 2010

RAYA RAYA RAYA

Biar rambut segelap ALMOND LONDON asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT, biar Iman sekental DODOL, jangan senipis REMPEYEK, biar jiwa selembut BAHULU asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA, senyumlah semanis WAJIK agar lebaran yang mulia disambut lebih bermakna SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

B4 Aidilfitri datang, B4 Ramadan pergi, B4 operator busy, B4 mesej asyik pending, B4 kredit abis ni ada ucapan c kit,
SELAMAT HARI RAYA MOHON MAAF ZAHIR BATIN.

SABTU cari AHAD
Nak tanya nampak tak ISNIN
Agar ingatkan SELASA bagitau
RABU supaya tak lupa
mesej kat KHAMIS yang
JUMAAT dah Raya
Selamat Menyambut Hari Raya, kira 0 - 0 ok?...

Selasa, 10 Ogos 2010

RAHMAT...BARAKAT...MAGHFIROH...

Salam... Nama Saya Syaaban...Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda maghrib nanti, bersama isterinya iaitu Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar! Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakat dan Keampunan...Mereka akan pulang selepas 29 atau 30 hari bersama kita dengan menaiki pesawat Eid Airlines... Hargai mereka dan Anda akan mendapat berkat...Insyaallah. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Rabu, 5 Mei 2010

TILAWAH AL-QURAN DAN KO-KURIKULUM

Majlis Tilawah Al-Quran dan Ko-Kurikulum Peringkat Murid-murid Sekolah Agama Kerajaan Johor Peringkat Zon 2 Daerah Segamat di adakan pada Hari Selasa 4hb. Mei 2010 bertempat di Sekolah Agama Jementah Segamat Johor. Seramai 12 orang peserta yang mewakili Sekolah Agama Gemereh telah mengambil bahagian sebagaimana berikut :
1. Al-Quran Tahap 1 (Putera) - Amir Naqiuddin b Baharudin
2. Al-Quran Tahap 1 (Puteri) - Nur Dalila bt Abd Halim
3. Al-Quran Tahap 2 (Putera) - Mohd Asyraf b Shukor
4. Al-Quran Tahap 2 (Puteri) - Zarith Najiha bt Jamal
5. Berzanji Tahap 2 (Putera) - Ahmad Akmal b Mohd Yusof
6. Berzanji Tahap 2 (Puteri) - Nur Nabihah Athirah bt Azli
7. Tahfiz Tahap 1 (Terbuka) - Rabiatul Adawiyah bt Alias
8. Tahfiz Tahap 2 (Terbuka) - Nurul Ain bt Md Saufi
9. Syarahan B.Arab Tahap 2 (Terbuka) - Fatin Hamimi bt Saiful Amri
10. Tafsir Tahap 2 (Terbuka) - Nurul Farah Anisa bt Hairolnizam
11. Seni Khat Tahap 1 (Terbuka) - Nurdiana Syahirah bt Mohd Salleh
12. Seni Khat Tahap 2 (Terbuka) - Nurul Aqilah Huda bt Raub

Guru Besar SA Gemereh sedang menerima cenderahati Johan Berzanji Tahap 2 Puteri

Cenderahati kepada pihak sekolah

Persembahan yang 'power' dari adik-adik cilik Taj SA Jementah


Peserta sedang menanti giliran membaca








Jumaat, 30 April 2010

Peperiksaan Setengah Tahun 2010

Peperiksaan Lisan dan amali bagi darjah 1 - 6 bermula pada 3 hingga 7 Mei 2010 .
Peperiksaan Bertulis bagi darjah 1 , 2 dan 3 bermula pada 10 Mei 2010 dan bagi darjah 4 , 5 dan 6 bermula 17 Mei 2010, Diharapkan agar semua murid-murid Sekolah Agama Gemereh bersiap sedia.

Berita Gembira

Berita gembira kepada warga Sekolah Agama Gemereh kerana pada 20 April 2010 telah datang melaporkan diri seorang guru baru iaitu Ustazah Suzi @ Fatimah Zahrai bte Sulaiman bertugas di sini . Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum ya Ustazah, Selamat Bertugas.